Matawang Timah Ayam Jantan merupakan antara artifak yang paling bersejarah pernah ditemui. Dimuatkan dalam buku teks sejarah sekolah menengah sebagai rujukan kepada Sejarah Kesultanan Raja terdahulu, menjadikannya antara koleksi sejarah yang sangat bernilai.
Matawang Timah Ayam Jantan atau Ayam Jantan Sabung dianggarkan berusia 302 tahun dan dibuat ketika pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1733).
Melihat kepada pembuatannya, keseluruhan matawang ini dibuat daripada timah. Sentuhan pembuatannya yang kasar mungkin disebabkan oleh keterbatasan alatan pertukangan pada masa itu. Namun ketelitian dalam mencirikan bahagian-bahagian tertentu seperti ekor, mata, kepak dan balungnya menonjolkan seni pertukangan dan usaha yang jauh melebihi tahap kemampuan pada masa itu.
Matawang Ayam Jantan ini dijumpai dalam 2 bentuk. Pertama, bentuk ayam Jantan dengan 2 cincin bulat di bawahnya dan bersaiz 6 cm. Kedua, bentuk Ayam Jantan dengan 6 cincin bulat di bawahnya bersaiz 10 cm. Diketahui bahawa nilai matawang ayam jantan semasa urusan perdagangan lalu ialah 5 sen dollar sepanyol dan setiap gelung dibawahnya menambahkan nilainya 1 sen setiap satu.
Sekali pandang, bentuk ayam jantan ini seolah-olah sedang bertenggek megah di atas tiang yang dibentuk dari lingkaran cincin bulat dan pasti menimbulkan ketakjuban bagi sesiapa yang memandangnya.
Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami.
Ape no wassap tuan.... Sy berminat nak beli
ReplyDelete